Tiada nada kekecewaan buat pengendali Selangor Mehmet Durakovic walaupun anak buahnya tewas dalam saingan Piala Walikota Padang 2015. Selangor tewas 0-1 kepada Persiba Balikpapan dan tewas 3-4 kepada Semen Padang menerusi sepakan penalti.
Selangor tidak akan bergantung kepada seorang pemain saja untuk meledak jaringan. Itu pendekatan yang akan digunakan ketua jurulatih Selangor Mehmet Durakovic bagi melonjakkan Merah Kuning dalam saingan Liga Malaysia musim depan.