Pisang Berbuah Tiga Kali 2014


Ipoh: “Ini dugaan besar buat saya. Allah Taa’la mungkin hendak menguji saya”! Begitulah kata Pengurus Perak Datuk Azhar Ahmad mengenai insiden keengganan pemain Lubnan, Imad Gaddar beraksi dalam perlawanan dengan Selangor di Stadium Perak, malam kelmarin.

Tindakan Imad itu mencatat sejarah sendiri dalam Liga Super apabila menjadi pemain pertama ditamatkan kontrak belum pun sempat beraksi untuk pasukan barunya.


Gaddar, 23, yang baru diikat Perak dan disahkan boleh bermain malangnya menghampakan Bos Gaurus apabila enggan beraksi dalam perlawanan pertamanya itu.

Azhar yang kecewa dengan sikap Imad tidak dapat menerima tindakan pemain berkenaan.


“Kami kesal dengan apa yang berlaku. Imad sudah disenaraikan untuk turun bermain tapi di saat akhir memberitahu dia sakit belakang“.


“Bagaimanapun pemeriksaan doktor pasukan mendapati dia tidak menghadapi sebarang masalah dan kecederaan.

“Malah dia menolak bantuan yang ingin diberikan. Tindakan ini sungguh tidak profesional dari seorang pemain kebangsaan,” katanya.


Selain Imad, Perak juga mengambil khidmat Hassan Daher, 31 dari kelab Shabab Al Sahel.

Pemain pertahanan itu beraksi tanpa sebarang masalah pada perlawanan yang menyaksikan Perak tumpas 0-1.


Berikutan itu Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang berasa dipermainkan oleh penyerang muda itu mengambil langkah drastik dengan menamatkan kontraknya.


Berikutan itu, Azhar berkata Perak terpaksa menggugurkan Imad dan seorang pemain dari Montenegro, Jepun dan Nigeria berada dalam radar untuk melengkapkan kouta importnya.


Mengenai kekalahan kepada Selangor itu, Azhar berkata ketiadaan penyudah adalah faktor penyebab mereka gagal mengutip sebarang mata.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07 di hmetro.com.my


Admin : Masa untuk menonton Astro Arena Saluran 801.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi membaca cerita Liga Super Malaysia.