Safee Sali Sah Milik Selangor



Penyerang negara Mohd Safee Sali akhirnya menjawab teka-teki mengenai masa depannya musim depan apabila sah akan menyarung jersi Selangor.

Pemain berusia 30 tahun itu berharap keputusan itu satu langkah tepat untuk menggilap semula sentuhannya selepas prestasi merundum bersama Johor Darul Takzim musim lalu. 

Safee pernah beraksi bersama The Red Giants selama 5 musim dari musim 2006 sehingga 2011 dengan 105 penampilan dan meledakkan 36 gol. 

Anugerah kasut emas Piala Suzuki AFF 2010 telah membuka pintu buat Safee menyertai Pelita Jaya pada separuh musim Liga Super lalu mencipta nama di kelab yang berpangkalan di Kerawang, Indonesia itu dengan 27 gol selepas 42 penampilan. 

Petikan dari Stadium Astro

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih kerana sudi membaca cerita Liga Super Malaysia.