Imej dari internet.
Kuala Lumpur: Penyerang kebangsaan Lubnan, Mohamed Ghaddar yang `merajuk’ musim lalu selepas permintaan kenaikan gajinya ditolak Kelantan kembali menyarung jersi skuad itu pada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Dia akan bergandingan dengan penyerang Mesir, Mohamed Shawky dan bekas penyerang Selangor, Francis Forkey Doe yang turut menandatangani kontrak bersama Kelantan.
Di barisan pertahanan pula, The Red Warriors (TRW) mengekalkan pemain import kentalnya, Obinna Nwaneri untuk melengkapkan kuota empat pemain import musim depan.
Sumber : Berita Harian Online.
Terima kasih kerana sudi membaca cerita Liga Super Malaysia.