JDT 1 - 4 Uzbekistan


Johor DT tewas pada dua aksi persahabatan di Sydney. Ini tidak menggusarkan Bojan Hodak yang menganggap barisan pemainnya berjaya meraih pengalaman berguna. Anak didik Hodak tewas 1-4 kepada Palestin sebelum tumpas dengan jaringan sama kepada Uzbekistan.  

Durakovic Tidak Kecewa Selangor Tewas


Tiada nada kekecewaan buat pengendali Selangor Mehmet Durakovic walaupun anak buahnya tewas dalam saingan Piala Walikota Padang 2015. Selangor tewas 0-1 kepada Persiba Balikpapan dan tewas 3-4 kepada Semen Padang menerusi sepakan penalti.

3 Import Perak Tumpul


Datuk M Karathu belum puas hati dengan persembahan Marco Tulio, Charles Souza Chad dan Namkung Wong selepas Perak seri 0-0 dengan Pulau Pinang. 

Pulau Pinang sebelum ini berjaya menundukkan Sime Darby 3-0 dan seri 1-1 dengan Johor Darul  Takzim (Johor DT).

Admin : Orang lain yang pilih player, orang lain yang kena latih team.