Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

PKNS Pasukan Yang Kuat



Ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts mahu memberi tumpuan kepada pertemuan dengan PKNS dalam saingan Liga Super Jumaat ini. Sambil mengingatkan pemain-pemainnya agar tidak alpa apabila berdepan PKNS Jumaat ini, jurulatih dari Belanda itu berharap para pemainnya akan segera mengumpulkan tenaga untuk perlawanan menentang PKNS meskipun berdepan jadual perlawanan yang ketat.
   
Skuad Ngap Sayot meneruskan latihan di Selangor berikutan perlawanan seterusnya akan dilangsungkan di sana.

Gembira dengan kejayaan pasukannya menumpaskan pasukan Selangor yang pernah muncul juara Piala FA lima kali, Alberts mahu pemain-pemainnya berhati-hati apabila berdepan PKNS yang kini menduduki tangga kelima Liga Super hasil dua kemenangan dan satu kekalahan.

"PKNS merupakan sebuah pasukan yang kuat kerana memiliki beberapa pemain berkualiti serta mampu bertindak mengalahkan mana-mana pasukan," katanya.
   
Alberts memuji semangat perjuangan pemain-pemainnya termasuk kecemerlangan penjaga gol gantian Mohd Fadzley Abdul Rahman menggagalkan beberapa percubaan barisan penyerang Selangor pada perlawanan Piala FA Selasa lalu.
  
Beliau berharap Mohd Fadzley akan meneruskan kecemerlangannya mengawal gawang kerana penjaga gol utama Sani Anuar Kamsani yang dilayangkan kad merah pada pertemuan menentang Selangor digantung dua perlawanan. 

Sumber : Sinar Harian

Admin : Suka dengan sikap merendah diri Robert Alberts.

 Senarai Penuh Pemain Skuad Sarawak 2014

Senarai Penuh Pemain Skuad Sarawak 2014

Senarai Penuh Pemain Skuad Sarawak 2014

1 Roony Harun (2)

2 Mazwandi Zekeria (3)

3 Mafry Balang (4)

4 Muamer Salibasic (10)

5 Ashri Chuchu (11)

6 L Rames (12)

7 Mohd Dzulazlan Ibrahim (13)

8 Junior Eldstar @ Putera Nadher (15)

9 Mohammad Shahrol Saperi (16)

10 Mohd Hairol Mokhtar (17)

11 Aidil Mohamad (18)

12 Joseph Kalang Tie (19)

13 Azizan Saperi (21)

14 Sani Anuar Kamsani (22)

15 Dalglish Papin Anak Test (24)

16 Muhammad Dzulfadli Awang Marajeh (25)

17 Zamri Morshidi (33)

18 Mohamad Fadzley Abdul Rahim (1)

19 Milorad Janjus (5)

20 Mohd Lot Abu Hassan (6)

21 Reeshafiq Alwi (8)

22 Mohamad Rashid Mohamed Aya (9)

23 Akmal Rizal Ahmad Rakhli (14)

24 Alireza Abbasfard (20)

25 S Chanturu (23)

26 Gabor Gyepes (26)