Arpin Draman : Setakat ini, PBSNT belum memperoleh sebarang maklumat lengkap mengenai pemain Korea Selatan berusia 31 tahun yang akan dibawa oleh ejen ke Terengganu. Admin : Sikap tidak tidak professional yang masih diamalkan oleh banyak pasukan dalam liga kita. Berharap kepada ejen !
Ketua jurulatih Selangor Mehmet Durakovic : Saya yakin anak buah saya akan dapat menemui sasaran pada perlawanan menentang JDT dengan permainan lebih baik dan meyakinkan di depan gol lawan.
Pengurus PDRM Mubin Mokhtar : Kelantan menang dua perlawanan berturut-turut dan berada di tangga teratas liga, tapi kita akan cuba terbaik menjelang pertemuan dengan mereka nanti.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor : Saarvindran boleh beraksi bersama Pahang musim ini dan FAS setuju menerima tawaran PBNPbagi menyelesaikan isu Saarvindran. Kami tidak mahu memanjangkan isu ini dan bersetuju dengan nilai pampasan dibayar.
George Boateng : Setiap minggu kami menjalani latihan sepak bebas dan sepakan penjuru sebelum menghadapi sesuatu perlawanan.Kami mengalahkan ATM dan Lions XII FC dengan cara yang sama.